PELUANG BELAJAR DI BUMI
ANBIA (CAIRO,MESIR)
Assalamualaikum
dan Salam sejahtera.
Bagi
sesiapa yang berminat dan ingin belajar (tidak kira peringkat umur)Bahasa
Arab dengan mudah dan menambah pengetahuan ilmu agama , maka bumi anbia (Mesir)
adalah pilihan yang tepat.
Mengetahui bahasa
arab merupakan satu kelebihan kerana kita boleh memahami pelbagai ilmu
pengetahuan yang ada di dalam kitab-kitab muktabar. Kalam Allah iaitu Al Quran
juga dalam bahasa arab. Maka bila membaca Al Quran,
mudahlah kita memahami maksudnya.
KELAYAKAN
PEMOHON;
·
Semua
muslimin muslimat berusia 15 - 60 tahun
·
Pesara
kerajaan dan swasta
·
Individu
·
Pelajar
berusia 15 tahun keatas. Walaupun anda tiada miliki sijil SPM, tetapi anda berpeluang memasuki university Al azhar
PUSAT PENGAJIAN BAHASA ARAB (Markas Nile)
Walaupun anda tiada asas bahasa
arab,tetapi jika anda minat bahasa arab maka anda boleh belajar di Markas Nile (Nile Centre). Bukan
saja dari Benua Asia yang menuntut di sini malah pelajar dari Turki, Rusia, China, Amerika, Indonesia,
Brunai dan lain-lain lagi.
Kelas pengajiannya mengikut
peringkat tetapi tidak kira umur.
Bilangan penuntut setiap kelas minima 7 orang dan maksima 12 orang. Pengajian
dijalankan 2 jam sehari, 5 hari seminggu
dan memakan masa setahun.
PENGAJIAN
AL QURAN BERSANAD
Anda yang menuntut di Markas Nail
berpeluang membaca Al Quran bersanad 30 juzuk.
PELUANG KE KE UNIVERSITI AL AZHAR.
University
Al Azhar
Semasa belajar di Markas Nile dan dalam masa yang sama bagi yang layak,
boleh mohon belajar di Muuz (Sekolah Menengah Kelolaan Al Azhar). Selepas lulus
pengajian di sini, pelajar boleh memohon untuk sambung pengajian ke Universiti
Al Azhar dalam bidang agama
ZIARAH MAKAM PARA ULAMA DAN TEMPAT BERSEJARAH
Makam Imam Shafie
Bagi penuntut berminat ,maka Baitul Hasanah Global
Resources akan mengaturkan lawatan ke makam para ulama seperti Imam Shapie juga
tempat bersejarah seperti Sg. Nail, Piramid dan lain-lain lagi. Sedikit bayaran
akan dikenakan kepada peserta.
Katakanlah
(Wahai Muhammad):
” Mengembaralah kamu dimuka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana
buruknya kesudahan orang yang berdosa itu”
- An Naml:6